Wednesday, March 05, 2008

drama JELATANG mmg best tapi ada agenda terselindung.


Salam untuk kawan2 semua =) nisa baru je buka email, and ada satu email menarik perhatian nisa untuk nisa share sama2. ini adalah FORWARDED MESSAGE yang nisa dapat dari salah seorang ahli usrah karisma. korang bacalah. ingat, enjoy2 gak tengok cite tapi kita perlu gak berfikir apa motif cerita tu sebenarnya.

so inilah emailnya...

"Subject: JELATANG..hidden agenda?


Sedang saya menyiapkan artikel bertajuk 'Mereka Ingin Meminjam Allah...." (InsyaAllah saya akan muatkan postingnya esok & kemudian akan saya sambung posting berkenaan perkahwinan Rasulullah s.a.w.) Saya terdengar dialog yang diucapkan oleh seorang watak lelaki dalam drama Jelatang (8 Januari 2008) tersebut. Apabila saya amati dan menumpukan perhatian, kelihatan satu watak (menurut isteri saya bernama Salman... jika salah maafkan saya kerana saya tidak mengikuti cerita tersebut) sedang membaca sekeping surat dihadapan seorang gadis yang terlantar sakit di hospital. Saya tidak mengetahui apa ceritanya perempuan itu terlantar sakit, tetapi yang saya tahu kata-kata yang sedang diucap tersebut merupakan kata-kata yang ditulis oleh ibu lelaki tersebut kepada perempuan yang sakit itu.
Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk mengamati bait-bait dialog yang sedang diucap tersebut ialah kerana saya seakan-akan pernah mendengarnya di suatu tempat yang lain. Kalau tak silap saya ia berbunyi sebegini...


Ibu manakah yang jika anaknya minta ikan dari padanya, dia akan memberikan ular kepada anaknya itu sebagai ganti ikan?Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?(ed- lebih kurang begitulah bunyinya.)


Oleh kerana semasa menulis artikel "Mereka Ingin Meminjam Allah.." saya menggunakan Tafsir Al-Qur'an dan dua buah Bible dalam simpanan saya untuk dibuat rujukan, maka dengan secara tidak langsung saya teringatkan kepada ayat yang saya pernah baca dalam kitab Bible (Perjanjian Baru) dalam sebuah surah bernama Luke Fasal 11.

Lalu saya pun membuka Bible (versi King James) yang ada di depan saya dan mencari surah tersebut kembali untuk memastikan bahawa apa yang saya dengar itu memang ayat dari Bible yang saya pernah baca.

Apabila surah Luke fasal 11 di buka, saya membaca ayatnya dari ayat 1 hingga 54. Nyata jangkaan saya tidak meleset. Luke fasal 11 menceritakan mengenai Jesus yang sedang berdoa di suatu tempat dengan pengikutnya. Lalu para pengikutnya menanyakan kepadanya satu doa yang boleh kiranya diajarkannya kepada mereka. Lalu Jesus mengajarkan kepada pengikut-pengikutnya cara berdoa dan apa bentuk doa yang seharusnya diminta.

Kemudian Jesus menasihatkan pengikutnya mengenai jangan putus harapan dalam berdoa, kerana Bapa mereka (Tuhan Bapa) tidak akan membiarkan serta menghampakan permintaan anak-anakNya (iaitu umat Kristian pengikut Jesus). Kemudian dia (Jesus) memberikan contoh bagaimana Tuhan Bapa itu menyayangi anak-anakNya dalam ayat 9-12 surah Luke fasal 11 tersebut.

Luke 11 : 9-12
And I say unto you, Ask, and it shall be given you; seek, and ye shall find; knock, and it shall be opened unto you. For every one that asketh receiveth; and he that seeketh findeth; and to him that knocketh it shall be opened . If a son shall ask bread of any of you that is a father, will he give him a stone? or if he ask a fish, will he for a fish give him a serpent? Or if he shall ask an egg, will he offer him a scorpion?

Terjemahannya : Oleh karena itu Aku berkata kepadamu: Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya pintu dibukakan. Bapa manakah di antara kamu, jika anaknya minta ikan dari padanya, akan memberikan ular kepada anaknya itu ganti ikan? Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?

Cuma yang berbeza ialah perkataan bapa diganti dengan perkataan ibu dalam skrip drama tersebut. Samada disengajakan atau tidak, saya tidak berhak untuk menilaikannya. Tidak salah membaca Bible dan kandungannya tetapi hendaklah anda mempunyai ilmu sebelum mengambil mana-mana ayat dan kata-kata di dalamnya untuk dijadikan hujah dan dialog. Silap haribulan, rosak akidah nanti. Dalam drama tersebut tidak dinyatakan langsung kata-kata tersebut diambil dari mana. Yang dinyatakan dalam skrip tersebut hanyalah kata-kata yang diambil dari sebuah kitab. Namanya tidak dinyatakan. Tetapi sangat jelas kini, bahawa kitab tersebut merupakan Bible iaitu surah Luke fasal 11. Oleh kerana majoriti penonton yang menontonnya ialah Melayu Islam, maka sekiranya ada muslihat terlindung untuk mempromosi Bible dan Kristian di dalam media arus perdana pada waktu prima, maka seharusnya stesen televisyen dan kementerian mengambil langkah-langkah proaktif menggantikan panel-panel penilai yang sangat pasif dalam membuat kerja. Apakah negara kita sekarang ini diserang dengan sindrom 'tidur'. Dari atas sampai ke bawah, dari penulis skrip hingga ke pelakon, dari penerbit sampai ke panel stesen televisyen, semuanya tidur nyenyak sehingga tidak perasankan yang nyamuk sudah pun masuk dalam kelambu.

Berhati-hatilah, setahu saya ada akta yang menghalang penyampaian secara terbuka mana-mana doktrin agama selain Islam dalam media arus perdana sebagai menghormati Perlembagaan Negara. Kita tunggu apakah mereka akan senyap dengan isu ini atau pun diambil perhatian dan tindakan. Kepada semua orang Islam, berhati-hatilah. "

dah baca dah? so hati2 gaklah kalau nak tengok cite ye =) wassalam...



Posted by nissa sham at 19:34:59 | Permanent Link | Comments (0) |
Comments
Write a comment