Tuesday, August 05, 2008

sang pencipta takkan pernah melupakan makhluknya,tetapi makhluknya dengan mudah melupakanNYA dan melupakan makhluk yg lain....=')

Allah tidak pernah melupakan makhluknya, malah sesiapa yang terlupakannya, akan diberikan pula ujian agar si makhluk kembali teringat padanya..

tetapi kita ingatkah padaNya? selalu saja kita lupakannya kan? kan? kan?

bagaimana ingatan kita pada sesama kita? kadang kala kita ingat tentang mereka tapi mereka ingatkah pada kita? kadangkala kita lupakan mereka, tapi mereka ingat pula pada kita.

seandainya kita dilupakan oleh mereka2, maka semak lah diri kita sendiri.mengapa kita dilupakan? mudah sahaja kerana kite telah melupakan sang pencipta...

sekian dari saya yang baru je balik dr motivasi..len kali saya share lagi yer =') (tak penah2nye ckp saya arini aku guna saya lak)
Posted by nissa sham at 15:26:46 | Permanent Link | Comments (0) |

Wednesday, July 30, 2008

kehebatan surah al waqiah =)

assalammualaikum semua =D

huhuhu lama sey tak taip pape untuk blog ni. terlanjur teringat, ha meh la kita share2 cite jap ek.

rase2nye, kowang semua mesti pernah baca surah al-waqiah kan?

bacalah surah ini selalu. surah ini adalah surah untuk kita minta murah rezeki daripada Allah.

ada salah seorang sahabat nabi muhammad pernah berkata kepada anak-anak perempuannya "kamu tidak akan miskin seandainya mengamalkan bacaan surah al-waqiah"

nisa share ni bukan share kosong je tau. ini dah terjadi dari pengalaman seseorang. dan orang itu kini alhamdulillah berlipat ganda rezekinya. bila nisa tanya apa doa die and amalan die? die jawab al-waqiah. bacalah ia selalu.

wassalam.

Posted by nissa sham at 11:52:40 | Permanent Link | Comments (0) |

Friday, April 25, 2008

astaghfirullah...

hai kawan2 =D em lama nisa tak update blog ni. al maklumlah notin to share =P tapi hari ni ade mende nak nisa share. nisa baru buka email..my best fren ade forwardkan sesuatu. Sesuatu tu adelah mende yg tak sepatutnya terjadi.

begini kisah nye..

ade sorang wife ni die nak share kesedihan die and die nye husband yg berlaku pd 7 december..
mereke menerima enveloped yg ade tulisan tangan dan di atasnya terletak lah nama si suami sebagai penerima.. dalam tu ade sebuah buku yang kecil bertajuk "who is Allah"..mcm innocent je bunyi tajuk tu...

mereka ingat buku tu datang dari masjid2 ke ape ke. isi buku tu berbentuk komik. nampak interesting. so si suami pun bacalah.

tetapi malangnya buku itu ditulis hanyalah untuk spoilkan image Allah...cube kawan2 pikir, apa yg akan bakal terjadi kalau buku tu budak2 yang baca? tak ke parah? astaghfirullahalazim...

si isteri ni ade sertakan segment2 dalam buku tu...tapi nisa tak dapat nak sertakan kat sini..cume nisa harap kalau kawan2 ade terbaca ke buku ni kat tenet atau ade dapat buku ini di poskan ke rumah, berhati hati lah buang je lah buku mengarut tu..

nisa yang baca ni pun rase nak pitam dah...ni baru baca sket, tak larat nak sambung, sebab nisa nak bgtau dulu kat kengkawan kewujudan buku jahanam ni. berhati2 ye ya sodiqi...wassalam...

*p/s kalau ade sesapa nak tgk segment2 tu bgtau lah..nisa xmenyempat nak forward kat kowang harap maaf...

Posted by nissa sham at 12:06:25 | Permanent Link | Comments (0) |

Tuesday, April 01, 2008

fikirkan

tuesday 1/4/08 =)

"this is forwaded also heheh sowi le kengkawan tak sempat2 nak update hehehe selamat malam sume"

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya

Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipudaya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas- batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!

Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya.
 

JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw,


SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri
dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan
kita dari fahsyar wal mungkar!!!

Posted by nissa sham at 02:15:58 | Permanent Link | Comments (0) |

Wednesday, March 05, 2008

drama JELATANG mmg best tapi ada agenda terselindung.


Salam untuk kawan2 semua =) nisa baru je buka email, and ada satu email menarik perhatian nisa untuk nisa share sama2. ini adalah FORWARDED MESSAGE yang nisa dapat dari salah seorang ahli usrah karisma. korang bacalah. ingat, enjoy2 gak tengok cite tapi kita perlu gak berfikir apa motif cerita tu sebenarnya.

so inilah emailnya...

"Subject: JELATANG..hidden agenda?


Sedang saya menyiapkan artikel bertajuk 'Mereka Ingin Meminjam Allah...." (InsyaAllah saya akan muatkan postingnya esok & kemudian akan saya sambung posting berkenaan perkahwinan Rasulullah s.a.w.) Saya terdengar dialog yang diucapkan oleh seorang watak lelaki dalam drama Jelatang (8 Januari 2008) tersebut. Apabila saya amati dan menumpukan perhatian, kelihatan satu watak (menurut isteri saya bernama Salman... jika salah maafkan saya kerana saya tidak mengikuti cerita tersebut) sedang membaca sekeping surat dihadapan seorang gadis yang terlantar sakit di hospital. Saya tidak mengetahui apa ceritanya perempuan itu terlantar sakit, tetapi yang saya tahu kata-kata yang sedang diucap tersebut merupakan kata-kata yang ditulis oleh ibu lelaki tersebut kepada perempuan yang sakit itu.
Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk mengamati bait-bait dialog yang sedang diucap tersebut ialah kerana saya seakan-akan pernah mendengarnya di suatu tempat yang lain. Kalau tak silap saya ia berbunyi sebegini...


Ibu manakah yang jika anaknya minta ikan dari padanya, dia akan memberikan ular kepada anaknya itu sebagai ganti ikan?Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?(ed- lebih kurang begitulah bunyinya.)


Oleh kerana semasa menulis artikel "Mereka Ingin Meminjam Allah.." saya menggunakan Tafsir Al-Qur'an dan dua buah Bible dalam simpanan saya untuk dibuat rujukan, maka dengan secara tidak langsung saya teringatkan kepada ayat yang saya pernah baca dalam kitab Bible (Perjanjian Baru) dalam sebuah surah bernama Luke Fasal 11.

Lalu saya pun membuka Bible (versi King James) yang ada di depan saya dan mencari surah tersebut kembali untuk memastikan bahawa apa yang saya dengar itu memang ayat dari Bible yang saya pernah baca.

Apabila surah Luke fasal 11 di buka, saya membaca ayatnya dari ayat 1 hingga 54. Nyata jangkaan saya tidak meleset. Luke fasal 11 menceritakan mengenai Jesus yang sedang berdoa di suatu tempat dengan pengikutnya. Lalu para pengikutnya menanyakan kepadanya satu doa yang boleh kiranya diajarkannya kepada mereka. Lalu Jesus mengajarkan kepada pengikut-pengikutnya cara berdoa dan apa bentuk doa yang seharusnya diminta.

Kemudian Jesus menasihatkan pengikutnya mengenai jangan putus harapan dalam berdoa, kerana Bapa mereka (Tuhan Bapa) tidak akan membiarkan serta menghampakan permintaan anak-anakNya (iaitu umat Kristian pengikut Jesus). Kemudian dia (Jesus) memberikan contoh bagaimana Tuhan Bapa itu menyayangi anak-anakNya dalam ayat 9-12 surah Luke fasal 11 tersebut.

Luke 11 : 9-12
And I say unto you, Ask, and it shall be given you; seek, and ye shall find; knock, and it shall be opened unto you. For every one that asketh receiveth; and he that seeketh findeth; and to him that knocketh it shall be opened . If a son shall ask bread of any of you that is a father, will he give him a stone? or if he ask a fish, will he for a fish give him a serpent? Or if he shall ask an egg, will he offer him a scorpion?

Terjemahannya : Oleh karena itu Aku berkata kepadamu: Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya pintu dibukakan. Bapa manakah di antara kamu, jika anaknya minta ikan dari padanya, akan memberikan ular kepada anaknya itu ganti ikan? Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?

Cuma yang berbeza ialah perkataan bapa diganti dengan perkataan ibu dalam skrip drama tersebut. Samada disengajakan atau tidak, saya tidak berhak untuk menilaikannya. Tidak salah membaca Bible dan kandungannya tetapi hendaklah anda mempunyai ilmu sebelum mengambil mana-mana ayat dan kata-kata di dalamnya untuk dijadikan hujah dan dialog. Silap haribulan, rosak akidah nanti. Dalam drama tersebut tidak dinyatakan langsung kata-kata tersebut diambil dari mana. Yang dinyatakan dalam skrip tersebut hanyalah kata-kata yang diambil dari sebuah kitab. Namanya tidak dinyatakan. Tetapi sangat jelas kini, bahawa kitab tersebut merupakan Bible iaitu surah Luke fasal 11. Oleh kerana majoriti penonton yang menontonnya ialah Melayu Islam, maka sekiranya ada muslihat terlindung untuk mempromosi Bible dan Kristian di dalam media arus perdana pada waktu prima, maka seharusnya stesen televisyen dan kementerian mengambil langkah-langkah proaktif menggantikan panel-panel penilai yang sangat pasif dalam membuat kerja. Apakah negara kita sekarang ini diserang dengan sindrom 'tidur'. Dari atas sampai ke bawah, dari penulis skrip hingga ke pelakon, dari penerbit sampai ke panel stesen televisyen, semuanya tidur nyenyak sehingga tidak perasankan yang nyamuk sudah pun masuk dalam kelambu.

Berhati-hatilah, setahu saya ada akta yang menghalang penyampaian secara terbuka mana-mana doktrin agama selain Islam dalam media arus perdana sebagai menghormati Perlembagaan Negara. Kita tunggu apakah mereka akan senyap dengan isu ini atau pun diambil perhatian dan tindakan. Kepada semua orang Islam, berhati-hatilah. "

dah baca dah? so hati2 gaklah kalau nak tengok cite ye =) wassalam...



Posted by nissa sham at 19:34:59 | Permanent Link | Comments (0) |

Saturday, March 01, 2008

Sedikit pengisian sebelum masuknya waktu maghrib =)

Assalammualaikum kawan2 semua! =)

1/3/08 sabtu 7.00 petang

ahah! sebagai permulaan, nisa mahu mulakan blog ini dengan pengisian yang amat berguna untuk bekalan kita bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat insya Allah =) hari khamis 28/2/08 hari itu,macam biasalah nisa pegi usrah bersama kawan2 nisa..erm malam tu kitorang sume membaca Surah Al-Mukmin ayat 47 hingga 48 =) di sini nisa nak sama2 share lah apa maksud ayat-ayat itu berdasarkan Tafsir Al-Quranul Karim dari terjemahan Prof. Dr. H. Mahmud Yunus =)

Bismillahirrahmannirrahim...(dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah)

47. Dan (perhatikanlah) ketika mereka bertengkar dalam neraka. Maka orang-orang yang lemah (pengikut-pengikut) berkata kepada orang-orang yang sombong (pemimpin-pemimpin), "Sesungguhnya kami ini pengikut-pengikut kamu. Dapatkah kamu menghindarkan kami dari sebahagian azab api neraka?"

48. Orang-orang yang sombong angkuh itu berkata, "Kita semua sudah ada dalam neraka. Sesungguhny Allah telah menjatuhkan hukuman kepada hamba-hambaNya."

49. Dan orang-orang yang ada dalam neraka berkata kepada penjaga-penjaga neraka Jahannam, "Mohonkanlah kepada Tuhan agar diringankan azab kami barang (sehari) sahaja".

50. Mereka (para penjaga Jahannam) menjawab, "Apakah tidak datang kepada kamu rasul-rasul kamu membawa keterangan-keterangan?" Mereka menjawab "Ya sudah datang." Penjaga Jahannam berkata, "Berdoalah!" Sesungguhnya doa orang-orang kafir itu sia-sia belaka.

51. Sesungguhnya Kami akan menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang beriman dalam kehidupan di dunia dan pada hari para saksi berdiri (hadir di hari kiamat).

52. Pada hari itu tidak berguna bagi orang-orang yang zalim permintaan maaf mereka. Dan bagi mereka laknat dan tempat tinggal yang buruk.

53. Dan sesungguhnya Kami telah berikan petunjuk kepada Nabi Musa. Dan Kami wariskan kitab Taurat kepada Bani Israil.

54. Menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berakal.

55. Maka bersabarlah.Sesungguhnya janji Allah itu pasti benar.Mintalah keampunan dosamu. Dan bertasbihlah memuji Tuhan engkau di waktu petang dan pagi.

56.Sesungguhnya orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah yang sampai kepada mereka tanpa sebarang bukti, di dalam dada mereka sifat mahu berkuasa yang tidak akan mereka capai.Maka berlindunglah kepada Allah.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

57. Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar (lebih berat dan sulit) daripada penciptaan manusia. tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

58. dan tidaklah sama orang-orang yang buta dengan orang-orang yang melihat.Dan (tidak sama pula) orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan orang yang berbuat jahat. sedikit sekali kamu mengambil pelajaran.

di sini nisa sertakan sedikit simpulan daripada perbincangan kami rakan usrah.

Dalam kehidupan kita ini terlalu banyak ujian, maka dengan itu hendaklah kita selalu beristighfar kepada Allah.
Janji Allah itu adalah benar tetapi kita sebagai umat manusia haruslah berusaha untuk mendapat apa yang telah dijanjikan Allah.

"dan tidaklah sama orang-orang yang buta dengan orang-orang yang melihat"
Orang yang membuat kebenaran tidaklah sama dengan orang yang hanya melihat kebenaran.

Kita mempunyai banyak pilihan untuk memilih siapa yang patut kita ikuti dalam menjalani kehidupan di dunia. Seandainya kita tersalah pilih maka kita akan mendapat akibatnya sebagai mana yang diterangkan di dalam ayat-ayat di atas. Na'uzubillahhiminzalik.

Itu sahaja lah setakat ini ye kengkawan? Apa yang baik itulah nisa kongsikan bersama.Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan nisa sendiri =) nanti ada lagi bahan usrah, sekiranya ada masa nisa akan usahakan untuk kongsi bersama-sama =) Ok selamat bersolat maghrib ye korang sume! wassalam =)

Posted by nissa sham at 20:17:36 | Permanent Link | Comments (0) |